Showing posts with label Thoughts. Show all posts
Showing posts with label Thoughts. Show all posts

Second Chance

Posted: Thursday, July 8, 2010 by skidsoil in Labels: , , , , ,
3


What do you think of giving a second chance? The quote above says that it's okay. Well, okay is not good enough for me, not really a strong positive word. And giving another chance will be considered as stupid, I tend to agree with that but doesn't anyone deserve a third chance in any condition? Nah, that would be stupid, never heard of third chances anyway. You already screwed big time for the first one, been given a second chance and still taking it for granted, hmm it does sound like there should be no third chances. So, third chances are a big NO.

I personally think that second chances are more like a phase where you have to prove yourself that you really deserve that second chances and you are wholeheartedly willing to change and will not repeat the same mistake ever again. Plus, if you are begging for the second chances, don't you think it's only fair for the other party to prove yourself worthy? I simply think like that because by begging it shows how much you want it. So, don't just say you want it but prove that you want it. Always walk the talk because action speaks louder than words. Anyway, that  is just a thought, probably there are different points of view from other perspectives.

Be it that you are the one who give the second chance or the one who get it, just appreciate that such chances still there for both of you. We learn from mistakes and we change to be a better person. Second chances should never be taken for granted because there's so not gonna be third chances. Be thankful with what you have and always remind yourself to be good. Not everyone believes in second chances, not everyone willing to give a second chance and there are some people who give it because they themselves need it as well. Okay even though is not really a good word but it is better than stupid, less negative with a little bit of hope. 

Emosional

Posted: Thursday, June 24, 2010 by skidsoil in Labels: , , , ,
2


Sebagai manusia biasa, tindakan kita sentiasa dipengaruhi oleh emosi kita. Apa yang kita fikir, apa yang kita buat dan apa yang kita cakap secara langsung atau tidak bergantung kepada perasaan kita. Walaupun akal sepatutnya menentukan segala perlakuan, tutur bicara kita, tetapi emosi memainkan peranan besar dalam pelaksanaan akal membuat keputusan.

Apabila kita marah, emosi kebiasaannya menjadi penambah buruk keadaan. Sebaiknya dalam keadaan marah, jangan sesekali membuat keputusan supaya tak menyesal di kemudian hari. Keputusan yang dibuat dengan perasaan marah selalunya tidak berlandaskan akal yang waras. Jadi lebih elok untuk kita mengawal rasa marah, apabila sudah reda perasaan marah yang ada barulah fikirkan keputusan terbaik yang patut diambil. Kalau dibiarkann perasaan itu meletus, alamatnya buruklah keadaan kerana perasaan marah itu akan ditambah dengan perasaan benci dan khianat.

Kadang kala bila kita marah, kita protes, kita bertindak rebellious untuk tunjukkan perasaan tidak puas hati. Kita buat ini, kita buat itu untuk tarik perhatian dan tunjukkan yang kita sedang marah. Kita sanggup melanggar janji dengan sengaja semata-mata kerana kita berasa marah dengan sesuatu. Bukankah itu sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan walau semarah mana kita sekalipun. Sentiasa ingat bahawa marah bukan bermakna kita mempunyai kebenaran untuk tidak berpegang pada janji dan mengkhianati orang lain adalah jalan penyelesaian yang salah.

Emosi juga boleh jadi pemangkin bila kita dalam keadaan bimbang. Risau yang sepatutnya di tahap biasa menjadi-jadi bila digalakkan oleh emosi. Sebab itulah senang untuk seseorang hilang pertimbangan dengan emosi yang tak tenteram kerana pertimbangan dengan emosi negatif akan turut bersifat negatif. Penting untuk kita mempunyai kawalan terhadap emosi kita supaya kita tak lakukan perkara-perkara yang dikategorikan sebagai bodoh serta dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Selalu sangat kita kaitkan emosi dengan perasaan marah, sedih, kecewa dan perasaan negatif yang lain. Akan tetapi yang kita selalu lupa ialah bila kita gembira, kita juga sedang beremosi. Ada bahayanya juga bila terlalu gembira, kita cenderung untuk taburkan janji-janji yang cuma diucap dek kerana rasa gembira itu sendiri sahaja. Paling elok kita berfikir dahulu sebelum bercakap, janji-janji manis memang senang diucapkan dan enak didengar tapi mampu atau tidak untuk kita zahirkan setiap kata-kata itu yang jadi persoalan.

So, apa kejadahnya aku tulis entri pasal emosi bagai macam nak tulis buku kaunseling ni? Sebab aku pun seorang yang sangat emosional. Apa yang aku tulis itu semua sekadar pendapat aku, untuk ingatan aku sendiri jugak. Membahayakan kesihatan ke jadi emosional ni? Mungkin juga bila dah tak terkawal, jadi sentiasa lah beringat untuk tidak terlalu emosional.

Paranoid

Posted: Wednesday, June 9, 2010 by skidsoil in Labels: , , ,
0

Sekarang ni aku rasa aku agak paranoid dengan sesuatu, tak tahulah nak cakap whether it is still under control or not but obviously I'm having one of these so called paranoid things. Bahaya bila kita terlalu ikutkan perasaan paranoid ni sebab from a simple thing boleh jadi a big problem. Usually it happens because perasaan takut dalam diri kita dah kuasai kita punya pemikiran. Mungkin ada sebab-sebab tertentu yang mendorong seseorang untuk menjadi paranoid. Semuanya disebabkan kita bermain dengan perasaan sendiri, so things get complicated bit by bit.

For my case, (mind that this is totally based on what I think, no professional view or whatsoever) aku start dengan rasa takut tentang something dan bila ada jujukan perkara-perkara yang berlaku secara kebetulan, aku jadi cenderung untuk fikirkan benda yang bukan-bukan. So, mulalah buat hipotesis yang negatif, think of the worst to happen dan judgement is based more on emotional. Memang boleh kata bila start paranoid, our side of thinking akan towards benda-benda yang negatif, emotionally memang sangat tak sihat sebab perasaan takut yang ada akan buat kita jadi tak tenteram. With all the negative thoughts linger around memang sangat tak selesa.

Ni antara faktor-faktor yang jadi punca paranoid from my opinion. Firstly sebab ada history yang kurang enak, so macam agak susah untuk menidakkan perkara yang sama akan berulang lagi. Second, karma. Closely related dengan history jugak, before this ada buat jahat pada orang lain, jadi takut apa yang kita buat akan kena pada batang hidung sendiri. Waktu paling runcing bila timing sama dengan yang sebelum, katakan in three months time, benda tu berlaku pada mangsa kita yang sebelumnya, so bila dah sampai tiga bulan turn kita, itu waktu paling klimaks untuk kita expect the same thing to happen. Third, sebab kita takde full control pada benda tu, so it's not really up to us to decide what will happen. Memang apa-apa saja boleh jadi pada bila-bila masa saja.

Ketiga-tiga faktor tu pula sebenarnya berpunca dari perasaan unsecured. Pendek kata sebab kita rasa tak selamatlah, kita rasa takut yang akhirnya bawa pada paranoid. To feel secure tu penting, sebab dia macam jaminan untuk perasaan kita untuk rasa tak risau. Walaupun bukan gerenti seratus peratus, at least kita tak akan sampai tahap paranoid. Despite of the bad things from paranoid ni, ada jugak aku rasa bagusnya perasaan paranoid ni kalau amaun dia kecil. Macam sekadar untuk precaution, tak boleh terlalu selesa jugak, kenalah sentiasa beware dengan apa saja yang bakal terjadi. Sebagusnya, elakkan dari berasa paranoid sebelum ia memakan diri sendiri.

Percaya Dalam Cinta

Posted: Tuesday, June 8, 2010 by skidsoil in Labels: , , , ,
0

Ini bukan entri cintan, cuma satu topik yang aku rasa aku nak kongsi. Walaupun aku macam tak layak untuk bercakap soal cinta, aku rasa tak salah kalau aku nak bagi pendapat tentang cinta sebab hidup kita memang tak boleh elak dari bercinta. Tak kisahlah punya pengalamana atau tidak, single atau couple, mesti boleh kalau mahu bercakap pasal cinta, sebab cinta itu sendiri luas maknanya. Sudah menjadi lumrah manusia untuk bercinta, dicintai dan mencintai.

Aku kecilkan skop kepada percaya dalam cinta. Percaya adalah antara elemen yang sangat penting dalam hubungan. Aku bukan persoalkan tentang percaya pada cinta itu atau tidak tetapi tentang percaya kepada pasangan bila kita bercinta. Semuanya bermula dengan kepercayaan, dan dengan kepercayaan tu jugak barulah satu-satu hubungan itu boleh terus berkembang dengan baik. Susah kalau pasangan tak saling mempercayai sebab akan wujud perasaan sangsi, curiga dan ragu-ragu. Ketiga-tiga perkara inilah yang membuatkan hubungan tak stabil dan sentiasa goyah.

Sebab utama wujudnya perasaan tak percaya bila mana pasangan tak telus dalam bercinta. Semuanya boleh dielakkan dengan berterus-terang sebab jujur juga penting dalam bercinta. Jangan pernah bagi alasan untuk menipu atau berselindung kerana bila perkara sebenar diketahui, keadaan akan cuma bertambah keruh. Manusia sentiasa ada perasaan ingin tahu, kalau perasaan itu dibantutkan dengan pelbagai alasan, ia cuma akan menjadi pemangkin untuk lebih mengetahui perkara yang sebenar. Sebab itu sumber alternatif menjadi pilihan untuk mendapatkan kebenaran dengan pelbagai cara dan akhirnya bila perkara sebenar diketahui, kebiasaannya akan mengecewakan diri sendiri.

Beritahu perkara yang sebenarnya, sekurang-kurangnya kita tidak menipu pasangan kita dan dengan harapan  juga pasangan kita akan faham dan hargai kejujuran kita. Tak perlu untuk mencipta alasan, sentiasa utamakan untuk bercakap perkara yang benar. Kenapa perlu menafikan hak pasangan kita untuk tahu perkara yang sebenar kalau itu memang hak mereka. Jangan bagi ruang kepada perasaan sangsi, curiga dan ragu-ragu untuk mengganggugugat sesuatu hubungan. Percayalah, perasaan apabila  kepercayaan itu diragut amat perit dan tak mudah untuk bina semula kepercayaan yang telah hilang. Jadi, hargailah pasangan kita dengan bersikap jujur pada setiap masa. Hubungan yang dibina atas rasa percaya terhadap pasangan lebih terjamin masa depannya, lebih-lebih lagi kalau jarak jadi pemisah.

Trust is built slowly over time, but it can be shattered in an instant.

Membaca Amalan Mulia

Posted: Friday, June 4, 2010 by skidsoil in Labels: , , , ,
0

Baca porno pun mulia?

Eceh, gilababas skema punya tajuk. Aku terpanggil nak tulis entri pasal membaca ni sebab aku memang dah lama cuba nak tanam habit membaca dalam diri aku tapi boleh kata gagal dengan cemerlang. Aku rasa memang aku tak boleh nak pegang buku lama-lama kat tangan aku, mungkin aku ada penyakit macam alahan pada bahan bacaan. Karut semua tu kan, tapi itulah hakikatnya aku memang tak suka membaca lagi-lagi kalau yang ilmiah bagai. Aku nak ada habit suka baca surat khabar, selalu jugak aku beli tapi bila nak baca  macam malas sangat, belek-belek baca dua tiga artikel yang menarik je.

Pengetahuan am aku memang series tak banyak, ciput giler, memang tak banyak isu yang aku tahu sebab aku tak amek tahu pun. Aku nak jugak jadi masyarakat yang concern, cakna dengan apa yang berlaku, tak kat dunia pun, dalam negara cukup buat masa sekarang. Berita kat tv pulak sememangnya bukan rancangan kegemaran aku, duduk depan tv tengok pun macam tak berkesan jugak. So far, aku just baca dari blog-blog yang ada buat entri pasal isu-isu semasa. Lagi easy reading lah bagi aku sebab dah dorang simplify, rumuskan pasal apa yang berlaku siap dengan pendapat dorang. Terima kasih pada mereka-mereka ni, dapat jugak input-input berguna sambil baca blog dorang. Keep up the good work guys!

Tapi kalau magazine macam Galaxie boleh pulak aku baca almost every page. Even novel pun ada jugak aku baca, nak mula tu payah la sikit, bila dah start baca dah boleh teruskan sampai habis. Novel yang aku baca pun macam Harry Potter dengan Twilight, aku suka sebab bila baca ni lagi detail penceritaan dia pastu boleh compare macam mana dengan movie dia. Kalau komik pulak, sekarang memang aku dah tak baca. Tapi aku still simpan lagi yang time sekolah dulu, aku ada koleksi Dragon Ball, Gempak, Hype, Starz dan Utopia.

So sekarang ni aku nak ajar supaya rajin baca surat khabar macam The Star, NST sebab aku pun study English memang tu yang lecturer aku asyik pesan suruh baca. Memang penting pun sebagai persediaan hari-hari mendatang sebagai seorang individu yang lengkap. Korang pun kalau ada lepak dengan aku, story-story la pasal current issues yang agak-agak hangat diperkatakan, walaupun aku buat muka disinterested atau blank tak tau nak respond apa, korang cerita je lah, at least boleh galakkan aku untuk tahu pasal semua tu. Akhir kata, membaca itu jambatan ilmu, ilmu itu pelita hidup, hidup kenalah berilmu baru orang pandang, betul tak?

Related Posts with Thumbnails