Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Denial

Posted: Sunday, June 17, 2012 by skidsoil in Labels: ,
0

This is about X, someone who shall not be named.

A friend asked me about X, I said 'I've MOVED ON'. He doubted me, I thought for a while and said 'I'm OVER X'. But somehow I missed a word. No presence of TOTALLY or COMPLETELY.

5 months and still broken-hearted. No, I'm HEALED.

Wordless Wednesday #1

Posted: Wednesday, August 3, 2011 by skidsoil in Labels: , , , ,
2

I'm Actually A Syed

Posted: Friday, December 10, 2010 by skidsoil in Labels: , , ,
13

Kononnyalah kan aku ni seorang SYED, atau dalam kata lain berketurunan Syed la. Tapi persoalannya gimana pula itu bisa terjadi ya? Haish, aku sendiri diselubungi misteri ni bila tiba-tiba mengetahui mitos tersebut sedangkan selama 23 tahun menjalani kehidupan, aku tak pernah didatangi mimpi menjadi serigala jadian. Oke, itu langsung tak relevan. Intipatinya mengapa aku begitu mengambil port pasal hal ni? Jeng jeng jeng! Meh aku stori siket wahai sekalian penduduk Bumi.

Adapun pada suatu ketika dahulu saya berhajatkan untuk menjadi teman kepada seorang gadis yang molek budi bahasanya dan sopan tutur bicaranya. Maka diletakkan syarat untuk berteman adalah jejaka yang berketurunan Syed kerana si gadis itu sebolehnya ingin menyambung legasi Syed-Syarifah yang ada dalam diri. 

Haa, macam tulah lebih kurang stori dia, citer lebih-lebih kang kate over pulak. Tapi nak dijadikan cerita, yang dikatakan menjadi pasangan si gadis tu sekarang takdepun nama berpangkalkan Syed. Yelah, jodoh tu semua bukan kerja kita, kalau nama aku Syed sekalipun tak semestinya kami bersama. Tapi can tu lebih la kot, (tetap kan?) haha. Yang penting dengan siapa pun dia bersama, dia dah buat pilihan yang aku kira paling baik. Pesanan penaja ini dibawakan oleh Syarikat Akupasrah Sdn. Bhd.


Gambar sekadar hiasan. Lalalala.

Yang pasal aku ni berketurunan Syed tu sebenarnya telah diceritakan oleh salah seorang saudara arwah Tok Aki Osman aku. Menurut dia gelaran Syed tu sengaja dibuang tapi aku tak pastilah siapa yang dimaksudkan tu sebab moyang aku pun takde nama Syed. Dengan itu, kesahihan cerita beliau tidak dapat dikenal pasti. 

SYED MUHAMMAD FIRDAOZ BIN SYED ABDUL RAZAK (pengsan! @__@)

Semoga Akan Datang Keajaiban Hingga Akhirnya Kau Pun Mahu

Posted: Wednesday, October 27, 2010 by skidsoil in Labels: , , ,
2


Cinta sejati tak mengharapkan cinta sebagai balasan. 
Crap! If that's the case, baik bercinta dengan Kristin Kreuk je.

You're The Reason I Did This

Posted: Sunday, October 24, 2010 by skidsoil in Labels: ,
7

*Attention: This might be harmful to your ears, navigate away from this page while you can.

OK, this is abso-freaking-lutely embarrassing but I did it somehow. Please, I'm not singing this to be criticized, nor for it to be publicized. FYI, I'm officially unhappy and I don't know what else to do. By all means, do keep your ears away to avoid any undesirable consequences. I don't need to further explain the reason why I did this and not in a gazillion years will I do this again. It's like seeing a panda singing next to an Elmo, the dark circles around my eyes couldn't be anymore obvious. Sigh~

 

Lagi Entri Beremosi

Posted: Wednesday, October 20, 2010 by skidsoil in Labels: , , ,
2

Entri emo datang lagi, hahaha. Emosi negatif ni datang secara berjemaah, so terpaksalah korang hadap dengan entri-entri emo yang aku post secara pukal ni. Kebelakangan ini emosi aku memang langsung tak stabil, sikit pun rasa tak senang hati. Aku try la jugak distract pikiran aku dengan wat perkara-perkara lain, tapi tak berapa nak sukses, kejap aje macam ok selebihnya rasa agak tidak keruan. Adapun perangai aku sepanjang waktu ini menyerupai pesakit mental, tewas dengan emosi yang berjaya menjajah aku secara total dan menyeluruh tanpa belas simpati.

Rasa macam nak lari jauh-jauh pun ada, sebab dah dekat pun bukan boleh jumpa. Hp aku tu macam nak off terus aje sebab jarang-jarang dah bunyi tak macam selalu. Kredit pun tak berapa nak luak sebab dah tak payah wat panggilan hangit pagi-pagi. Makan pun tak lalu, hari-hari pergi McD sebab tak sanggup nak berdepan dengan KFC, ayam-ayam kat situ semua pakat gelakkan aku especially bahagian tight diikuti oleh drumstick dan wing. Kurang ajar bukan mereka, semua nak dengki dengan hidup aku. Hah, ape gelak-gelak? Ko ikan keli goreng pun dua kali lima same aje.

Nak bagi kisah hidup aku lagi sadis, hujung minggu lepas aku lalui dengan penuh pancaroba. Si Paan balik Bentong, si Azmi pulak pergi Serdang rumah mak cik dia, tinggal aku sorang-sorang sebatang kara. Peh, tak macam mencabar pulak aku lalui malam tu dengan jiwa yang hampa kecewa hancur luluh pilu silu. Terasa memang sepi habes dah, nak pasang lagu plak semua macam nak perli aku aje lirik-lirik dia lagi-lagi kalau Dato' Siti dengan Celine punya lagu. Keparahan emosi aku menjadi-jadi bila waktu malam, aku takde Patrick atau Peachy nak temankan. Huh!

Emosi Kurang Nutrisi

Posted: Tuesday, October 19, 2010 by skidsoil in Labels: , , , ,
0

Baru perasan yang aku lagi terdorong untuk tulis blog bila jiwa kacau. Waktu emosi macam kurang nutrisi ni lah terasa nak curah-curah perasaan kat blog busuk aku ni. Patut aku lagi nak kongsi benda-benda yang seronok kat blog ni. Balik-balik entri aku nak emo saja, dah tipikal sangat pulak kan. Jadi aku simpan saja segala kusut-masai fikiran aku sekarang. Dua tiga entri lepas konon nak aktif balik tulis blog tapi macam biasalah cakap kosong semata. Haish, dah macam mana nak wat entri-entri ceria bila hati asyik kesepian. Tunggu je lah bila mood dah pulih nanti, takut kena stereotaip sebagai blogger emo. Maka cepat-cepatlah berakhir fasa yang kurang enak ni, jangan makin tenat pula.

ps: Tolonglah kembalikan senyum aku, kamu tahu kamu siapa.

I Need My Sunshine

Posted: by skidsoil in Labels: , , ,
2

It has been DAYS without sunshine.

Kekasih Yang Tak Dianggap

Posted: Wednesday, August 11, 2010 by skidsoil in Labels: , , ,
2


Kertas -  Kekasih Yang Tak Dianggap

Aku mentari tapi tak menghangatkanmu
Aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
Aku sang bulan tak menerangi malammu
Aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

Selalu itu yg kau ucapkan padaku

Sebagai kekasih yg tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah

Aku sang bulan tak menerangi malammu
Aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

Sebagai kekasih yg tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah

Sebagai kekasih yg tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah

That Special Someone

Posted: Wednesday, June 30, 2010 by skidsoil in Labels: , ,
4



Percaya Dalam Cinta

Posted: Tuesday, June 8, 2010 by skidsoil in Labels: , , , ,
0

Ini bukan entri cintan, cuma satu topik yang aku rasa aku nak kongsi. Walaupun aku macam tak layak untuk bercakap soal cinta, aku rasa tak salah kalau aku nak bagi pendapat tentang cinta sebab hidup kita memang tak boleh elak dari bercinta. Tak kisahlah punya pengalamana atau tidak, single atau couple, mesti boleh kalau mahu bercakap pasal cinta, sebab cinta itu sendiri luas maknanya. Sudah menjadi lumrah manusia untuk bercinta, dicintai dan mencintai.

Aku kecilkan skop kepada percaya dalam cinta. Percaya adalah antara elemen yang sangat penting dalam hubungan. Aku bukan persoalkan tentang percaya pada cinta itu atau tidak tetapi tentang percaya kepada pasangan bila kita bercinta. Semuanya bermula dengan kepercayaan, dan dengan kepercayaan tu jugak barulah satu-satu hubungan itu boleh terus berkembang dengan baik. Susah kalau pasangan tak saling mempercayai sebab akan wujud perasaan sangsi, curiga dan ragu-ragu. Ketiga-tiga perkara inilah yang membuatkan hubungan tak stabil dan sentiasa goyah.

Sebab utama wujudnya perasaan tak percaya bila mana pasangan tak telus dalam bercinta. Semuanya boleh dielakkan dengan berterus-terang sebab jujur juga penting dalam bercinta. Jangan pernah bagi alasan untuk menipu atau berselindung kerana bila perkara sebenar diketahui, keadaan akan cuma bertambah keruh. Manusia sentiasa ada perasaan ingin tahu, kalau perasaan itu dibantutkan dengan pelbagai alasan, ia cuma akan menjadi pemangkin untuk lebih mengetahui perkara yang sebenar. Sebab itu sumber alternatif menjadi pilihan untuk mendapatkan kebenaran dengan pelbagai cara dan akhirnya bila perkara sebenar diketahui, kebiasaannya akan mengecewakan diri sendiri.

Beritahu perkara yang sebenarnya, sekurang-kurangnya kita tidak menipu pasangan kita dan dengan harapan  juga pasangan kita akan faham dan hargai kejujuran kita. Tak perlu untuk mencipta alasan, sentiasa utamakan untuk bercakap perkara yang benar. Kenapa perlu menafikan hak pasangan kita untuk tahu perkara yang sebenar kalau itu memang hak mereka. Jangan bagi ruang kepada perasaan sangsi, curiga dan ragu-ragu untuk mengganggugugat sesuatu hubungan. Percayalah, perasaan apabila  kepercayaan itu diragut amat perit dan tak mudah untuk bina semula kepercayaan yang telah hilang. Jadi, hargailah pasangan kita dengan bersikap jujur pada setiap masa. Hubungan yang dibina atas rasa percaya terhadap pasangan lebih terjamin masa depannya, lebih-lebih lagi kalau jarak jadi pemisah.

Trust is built slowly over time, but it can be shattered in an instant.

Related Posts with Thumbnails