#Tazkirah: Surah al-Kahfi dan Kelebihannya

Posted: Thursday, February 13, 2014 by skidsoil in Labels: , , ,
0

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.

Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

Imam Ahmad berkata: Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda: "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu’an: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari, dan jika Al- Dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”. Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang tiga perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang tiga persoalan tersebut.

Sumber: ILUVISLAM dan Kerana DIA...

Wallahhu a’lam.

Oh-ReMo!

Posted: Friday, February 7, 2014 by skidsoil in Labels: , , , ,
0


Tralala, meet Oh-ReMo! Ni hadiah daripada SilkySiblings for my 26th birthday. Nama dia siap ada hyphen lagi ala-ala Korean-ish siket, actually Oh-ReMo tu adalah short-form kepada Orang Hearted-REd MOnster. Oh-ReMo atau lebih mesra dengan panggilan ReMo ni adalah salah satu koleksi daripada Dooodolls Toys iaitu Reddish Twin. So nak kenal dengan nature Reddish Twin tak, jom baca biodata dia.
 Reddish Twin  
 
About me: I’m the exact opposite of mytwin brother SunnyTwin because I’m always hyperactive and energetic.

Ability: Earning the title as Fastest Talker in Dooodolls Planet, Reddish Twin can speak an average of 1,000 words per minute. Half the time, no one understands what he is saying except for Sunny Twin who can read his mind.

Charm: Reddish Twin gives you the gift of gab, letting you talk your way out of any trouble you might get yourself into.

ReMo ni lah my penteman tidur tiap-tiap malam. Asyik kena peluk malam-malam sampai ReMo pun dah hilang shape dia. ReMo ni jugak tambahan kepada koleksi soft toys aku yang semuanya adalah pemberian orang-orang tersayang. So ReMo boleh berkawan dengan Ash, Seth, Yiko dan jugak RuRu.  

Gajet Untuk Selfie Lebih Agung

Posted: by skidsoil in Labels: , , , , , ,
0

Entry kali ni aku nak cerita pasal gajet untuk smartphone, atau better yet gajet untuk camera telefon. To those yang suka ambil gambar especially selfie mesti suka dengan gajet-gajet ni. So apa lagi, let's check it out!

3-in-1 Clip Lens
Nama pun 3 in 1 so ada tiga lens yang boleh digunapakai; macro, wide dan fisheye lens. Wide lens kena attach kepada macro lens untuk guna, so kalau nak guna macro kena detach la wide lens tu. Macro lens untuk ambil gambar objek yang kecil macam serangga memang best, dan untuk ambil gambar close-up yang detail pun not bad. Wide lens untuk melebarkan lagi frame supaya nampak ruang yang lagi luas, sangat useful untuk digunakan kalau ada limitasi ruang untuk bergambar. Fisheye dapat ambil gambar hemispherical, dapat tangkap muat lebih banyak angle sesuai untuk group selfie.
Monopod
Monopod ni sejenis batang untuk kemudahan self-taken picture ataupun selfie yang menjadi trend abad ini. Monopod ni didatangkan dengan bracket untuk attach telefon, sangat user-friendly untuk digunakan sebab bracket guna spring so just muatkan telefon dan bracket tu akan menggengam telefon dengan kemas dan selamat. Monopod boleh dipanjangkan sampai 70cm, so kepada yang nak bergambar ala-ala GoPro tapi bajet takde bolehlah try monopod.

Shutterball
Untuk pengalaman selfie yang lebih agung shutterball merupakan gajet yang bertindak selaku remote untuk mengambil gambar. Memandangkan iPhone takde timer, so shutterball adalah sangat membantu kalau tak nak guna application seperti Camera360. Pendek kata shutterball adalah pasangan ideal untuk monopod, boleh snap gambar dengan mudah dan bergaya.

Ketiga-tiga gajet kat atas tu aku beli online. Sekarang dah banyak sangat online shop, so boleh usha mana-mana yang berkenan. Sebelum nak beli tu buatlah survey dulu antara dua tiga kedai, tengok mana harga yang berpatutan dan servis yang disediakan macam mana, jangan sampai kena tipu pulak. Dan hasil penggunaan ketiga-tiga gajet tersebut, terimalah contoh gambar selfie tahap dewa. So convenient untuk ber-selfie!


Related Posts with Thumbnails