Ash, Seth & Yiko

Posted: Friday, June 11, 2010 by skidsoil in Labels: , , ,
0

Kali ni aku nak story pasal tiga ekor makhluk yang comel iaitu Ash, Seth dan Yiko. Tiga-tiga creatures ni aku dapat time birthday aku yang ke-22 tahun lepas. Tahun lepas memang birthday aku yang paling banyak aku dapat hadiah, dari coklat, baju sampai lah ke soft toys. Even dah bulan lapan pun still ada orang bagi hadiah lagi kat aku. Tiga-tiga patung ni diberi oleh kakak-kakak senior aku yang baik hati. Dorang ni lah partner in crime aku kat UMP, dorang jugak yang selalu support aku dalam banyak hal. Ok, jom aku cerita sikit pasal makhluk-makhluk comel yang dorang bagi kat aku.

Ash
Ash ni hadiah daripada Saudari Zanida Zamani, kakak aku yang duk tang utara sana. Kitorang selalu gedik happy sama-sama, sedih pun sama-sama. Hobi aku bila dengan dia adalah mengepau dia, aku suka suruh dia belanja aku macam-macam. Dia pun tak kisah sebab aku adik dia, hahaha. Ash ni karakter dari movie Tim Burton, Nightmare Before Christmas, yang watak nama Jack Skellington. Tapi Ash ni versi yang comel, kontot aje tak macam Jack yang lampai. Aku saja bagi nama Ash, sesuai la dengan muka ganas dia walaupun badan comel aje. Lagipun kaler dia hitam putih so aku rasa ada gak related dengan Ash. Ah, tak kisahlah aku nak taruk nama apa pun.

Seth
Yang merah menawan ni namanya Seth, nama nak western aje kan. Sebenarnya Seth tu dari nama Sethan la, cuma Seth ni setan yang empuk dan adorable sangat-sangat. Mata pun nak bentuk love, comel je kan. Mulut plak wavy nampak macam guilty aje. Seth ni hadiah pemberian Cik Nuraini Haji Mansor, kakak aku yang kamceng jugak dengan aku. Dia ni sengal-sengal ubi sikit, aku selalu kenakan dia sebab dia suka buli aku. Kalau setakat nak cari geng nak gelak, memang dia calon terbaik dari ladang habaq hang.

Yiko
Yiko ni pulak hadiah daripada Miss Yunika Kirana, kakak aku dari Sarawak. Dia ni  merangkap kekasih gelap aku jugak, kalau ada nak partner untuk dinner ke, aku la kapel dia, kalau nak karaoke ke, aku la duet dia. Funny story pasal Yiko ni masa nak bagi nama, mula-mula terfikir nak short-form kan je, (contoh: Kuceng Kiut = KuKi) so ingat nak bagi la nama Pusak (kucing dalam bahasa Sarawak) Kiut, tapi bila dishort-form kan (Pusak Kiut = ?) jadi lain lah pulak, agak lucah tak sopan bunyinya.

Walaupun aku tak suka sangat dengan soft toy, bukan lah tak suka tapi aku macam takde nak wat ape pun dengan patung-patung ni, aku suka je dapat hadiah macam ni sebab ada ingatan yang kekal dekat orang yang bagi pada aku. Rindu sangat dengan kakak-kakak aku ni, rindu nak outing sama-sama, nak karaoke sama-sama, nak bowling sama-sama, nak teater sama-sama. Dah lama tak jumpa dengan dorang, bila agaknya dapat jumpa lagi.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails