SESMA: Enam Tahun Sudah

Posted: Tuesday, June 15, 2010 by skidsoil in Labels: , , ,
8

Sedar tak sedar dah hampir enam tahun tinggalkan zaman persekolahan, dah enam tahun tinggalkan gelaran budak sekolah, enam tahun juga tak pakai pakaian sekolah. Bagi aku zaman sekolah memang tak boleh lupa, lima tahun tinggal di asrama banyak kenangan dengan kawan-kawan. Aku dulu belajar di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Kuala Terengganu. Walaupun sekolah aku bukan antara Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang top macam SAS, SSP, MCKK, SDAR, TKC atau STF, aku tetap bangga sebagai seorang SESMArian. Baru perasan aku aku listkan SBP satu gender sahaja sebagai yang top, mungkin glamer sebab itu.

Aku time sekolah dulu bukan top student, tak popular secara akademik. Kalau yang famous sebab kes-kes tertentu pun aku tak tergolong, aku bukan budak nakal. Pada aku tak best pun jadi budak baik, kalau ada inspection dari bilik ke bilik, loker aku mesti warden check ala qadar je, buat macam cukup syarat. Bajet aku baik sangat ke? Manalah tau aku dealer rokok kat asrama ke? Simpan magazine porno ke? Boleh tak aku nak emo pasal ni? Tapi yang best part jadi budak baik bila lewat pergi prep, kalau warden tunggu kat tangga nak rotan, muka-muka baik ni warden rotan manja aje. Tapi sebaik-baik aku pun ada je aku merokok, fly, panjat tangki air semua tu.

Aku kat SESMA aktif dengan brass band, wind orchestra, PRS dan sidang redaksi SAINTIS (majalah tahunan sekolah). Brass band dengan orkesrta memang hidup aku kat SESMA dulu, every year mesti join pertandingan pancaragam peringkat negeri, perbarisan hari kemerdekaan dan pertandingan wind orchestra SBP. Aku dulu main euphonium, kalau untuk orkestra ok lagi lah, kalau yang kawad memang azab jugak nak usung euphonium tu sambil main lagu. Wind orchestra SBP memang acara tahunan yang ditunggu-tunggu, aku enjoy sangat dapat join pertandingan ni walaupun tak pernah menang sebab dapat pergi SBP lain.

Aku memang tak ada kepimpinan nak jadi pengawas sekolah, pengawas library pun tak tapi aku salah seorang ahli Power Rangers Sekolah (PRS). Aku ranger putih, takkan ranger pink pakai skirt pulak kan. Aku sebenarnya diri sendiri pun tak terbimbing nak jadi pembimbing rakan sebaya pulak kan. Jadi sidang redaksi SAINTIS pun best jugak, kalau ada event macam hari sukan aku sibuk dengan kamera kat tangan, snap gambar sana-sini. Selalu jugak lepak kat bilik komputer nak siapkan bahan untuk majalah. Aku dah biasa kena perli kalau masuk kelas lambat sebab handle sesi fotografi, tahankan aje sindiran cikgu-cikgi semua.

Aku cakap pasal aktiviti aje kan, patut cakap pasal sekolah mesti ada cakap pasal bab belajar. Aku kat SESMA student corot je, tak ada nak score straight As time ujian. Cuma time PMR aku boleh terselit dapat 8A dan dengan bangganya batch aku telah membuatkan SESMA dapat ranking nombor dua SBP. SPM pulak aku dapat 6A saja, 3A1 3A2. Add Math aku yang aku selalu fail setiap kali ujian pun aku dapat B4, kira ok lah sebab paling tinggi markah yang aku dapat 30 je seingat aku. Mesti graf tahun tu rendah agaknya.

Actually kalau nak cakap pasal SESMA memang berjela-jela aku boleh tulis. Yelah, kenangan lima tahun kat sana, macam-maca cerita ada. Tapi time kat SESMA memang tak ramai yang kenal Daoz tau Firdaoz sebab semua panggil aku Chiko. Junior pun panggil aku Abang Chiko, even cikgu-cikgu yang rapat dengan aku pun panggil aku Chiko. Sampai sekarang pun among SESMArians memang aku masih dipanggil Chiko, cuma ada certain kawan-kawan yang satu batch dengan aku yang dah mula panggil aku Daoz sebab aku pun kekok nak bahasakan aku Chiko sekarang ni. Itulah antara story yang aku dapat share masa aku kat SESMA dulu, banyak lagi nak cerita tapi tunggu entri yang lain pula.

SESMArians Batch 27 (2000-2004)

8 comments:

  1. adeh..nostalgia...
    aku suka post kamu! hahah XD

  1. skid soil says:

    mmg nostalgia.tu baru stori sket,pasal aku je pun.haha.

  1. chiko.. masih ingat dr mane dapat name tu.. masih igt muke kamu dalam LDK minggu orientasi aku.. yg lain, aku samar2.. masih igt nostalgia sesma, buat aku teringin nk post entry yg hampir sama.. hahaha.. nice blog.. tp, lame kot loading, adoi~~

    btw, cane nk buat 'fb like button' tu?
    i wish i cud tag masef in the pic, but haven't got a clue where i was about.. hahaha

  1. skid soil says:

    funny how i was named chiko for a play and boleh lekat sampai habes sekolah.and of all the names,chiko?sounds ridiculous right.kalau tahu bleh lekat tu dah taruk name best2 time tu.haha.

  1. yeay! yeay! yeay, senior! :)

  1. skid soil says:

    yeay! yeay! yeay, junior! :)

  1. how i miss dat old memories we had! haha.. being a skema girl sumtimes ate inside of me. haha. but it was still fun though!

  1. skid soil says:

    u have to, u wear that pink uniform. haha. but sesma sure was a fun place!

Related Posts with Thumbnails