Showing posts with label Anger. Show all posts
Showing posts with label Anger. Show all posts

Mother Fish Cracker!

Posted: Saturday, November 6, 2010 by skidsoil in Labels: , , ,
7


Sebelom aku start marah-marah lagi aku just nak wish thanks to those who actually spent their time reading my previous entry. Your comments are very much appreciated. Personally, I don't like that particular entry. I sounded too sissy, rasa macam gegurl sangat. That's the hardest part of being soft-hearted, should have learned to be mean pulak kan. Macamlah kau mampu Daoz oi. Maka sebab itulah orang selalu take people like me for granted kan.

Ekceli aku sangatlah bukan jenis yang pandai nak marah lama-lama tapi kalau dah takde nak layan aku elok-elok memang sajalah tu nak sakitkan hati aku. Aku punya lah susah nak kontek, dengan hp rosak, guna public pun buzy tak angkat, punyalah cari jalan nak kontek tapi bila dah dapat berhubung sekali layan macam taik pulak. Rasa nak mencarut tu datang balik, perlu lah nak capital reply message aku. Oke, tipu aku tak marah sebab tu pun. It's rooted from other thing which I can't seem to let go of it. BABI! BABI! BABI! BABI! BABI! BABI! BABI! BABI! SEMUA TIANG PATAH SEKOR TUH PUNYA PASAL! BABI LA! (Oh Anis, jangan offended aku tak merujuk pada hang) Aku tak suka kot carut-carut ni, walaupun dalam kepala otak aku ni tak henti-henti lagi menyumpah seranah. At least kat sini aku sebut nama binatang aje kan, belum nama anggota-anggota badan yang tak sepatutnya. Rasa macam terlalu violence untuk aku taip perkataan-perkataan lain yang aku terfikir. Cukuplah sekadar kat kepala aku sendiri aje, better dari aku pergi serang sape-sape dengan hamburan carutan jurus kedua puluh tiga. @*#*^@*$^*(#^#%* Wachaa!

Chill Daoz chill, kau marah sebab mende lain sebenarnya. Aku dah tak ade medium lain nak salurkan kemarahan aku ni, kat blog ni aje aku dapat luahkan sikit. Bahaya aku pendam semua nanti explode lagi susah. So mintak maaf lah dua tiga entri ni berbaur kemarahan dan ketidakpuashatian. Kalau ada yang kena tempias-tempias tu tolonglah faham aku ada hati dan perasaan. Tahulah korang pun ada hati dan perasaan jugak tapi dah kalau asyik duk endahkan aje aku punya, meraung sorang-sorang lah aku jawabnya. Nak marah pun tak guna, nak tendang pun tak kena. Adoi!

Entri Ini Bukan Untuk Dibaca

Posted: by skidsoil in Labels: , , , ,
9

Senangnya bila nak suruh orang senaraikan apa yang dia tak suka tentang kita, siap boleh bacakan list tanpa henti sedetail-detailnya. Yes, I have flaws, I'm aware of that. Tapi bila tanya apa yang baik tentang kita, terus terdiam. Nak namakan satu benda pun tak dapat. The only answer that I will get is a long pause, errr.. Seriously am I that bad? Aku memang manusia jahat pun, hati aku mencarut-carut, tak henti-henti, tak putus-putus, tak sudah-sudah.

Dan kenapa orang anggap aku sebagai terlalu bodoh? Sebab senang nak tipu aku? Nak main-mainkan aku? Wujud ke lagi such thing as honesty? We all lie for reasons, tapi kalau dah tahap nak bodoh-bodohkan tu macam dah melampau. People said they are going to change, yet they did it again somehow. I am complaining because there's nothing else I can do, I just have no idea what to do to keep things good. Aku geram dan tak ada ape yang aku boleh buat.

You wanna hear my side of story? Setiap kali orang buat salah, I will try to look beyond their mistakes by remembering all the good things they have done. Still, though I'm giving them chances I can't easily forget what has happened. Orang senang je nak marah-marah dengan tindakan aku, cuba lah letak youself in my shoes then fikir apa agaknya korang rasa. Ha, cakap memang la senang kan, cuba rasa sendiri tengok. Agak-agak boleh tahan tak?

The fact that people only interested in our good side, or should I say they only accept us when we are happy, is killing me. Bila mana kita sedih atau marah, they deny us. Tak sanggup nak hadap muka kita bila kita sedih, tak sudi nak layan bila kita marah-marah. Kalau tak boleh nak terima diri secara total, baik tak payah langsung kan. Aku emosi merapu ni sebab takde sape aku nak luahkan, dengan segala benda aku nak pendam memang lambat la nak ok.

Aku dah tak percaya lagi dah orang kata bila buat baik dibalas baik, bila sayang dibalas sayang, bila setia dibalas setia. Ah, karutlah semua tu. Rasa dah give up, boleh tak nak kata I'm done being good. Maybe it's time for me to be.. uhm.. let me just keep the taught for my own. Kalaulah aku ni pendendam, I would have done awful things, tapi I just don't have the heart to do such things. And for one reason, aku bertahan dan pasrah. Tapi sampai bila?

ps: I'm officially a total loser! Dengan tiang pun aku boleh kalah. FCUK!

Emosional

Posted: Thursday, June 24, 2010 by skidsoil in Labels: , , , ,
2


Sebagai manusia biasa, tindakan kita sentiasa dipengaruhi oleh emosi kita. Apa yang kita fikir, apa yang kita buat dan apa yang kita cakap secara langsung atau tidak bergantung kepada perasaan kita. Walaupun akal sepatutnya menentukan segala perlakuan, tutur bicara kita, tetapi emosi memainkan peranan besar dalam pelaksanaan akal membuat keputusan.

Apabila kita marah, emosi kebiasaannya menjadi penambah buruk keadaan. Sebaiknya dalam keadaan marah, jangan sesekali membuat keputusan supaya tak menyesal di kemudian hari. Keputusan yang dibuat dengan perasaan marah selalunya tidak berlandaskan akal yang waras. Jadi lebih elok untuk kita mengawal rasa marah, apabila sudah reda perasaan marah yang ada barulah fikirkan keputusan terbaik yang patut diambil. Kalau dibiarkann perasaan itu meletus, alamatnya buruklah keadaan kerana perasaan marah itu akan ditambah dengan perasaan benci dan khianat.

Kadang kala bila kita marah, kita protes, kita bertindak rebellious untuk tunjukkan perasaan tidak puas hati. Kita buat ini, kita buat itu untuk tarik perhatian dan tunjukkan yang kita sedang marah. Kita sanggup melanggar janji dengan sengaja semata-mata kerana kita berasa marah dengan sesuatu. Bukankah itu sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan walau semarah mana kita sekalipun. Sentiasa ingat bahawa marah bukan bermakna kita mempunyai kebenaran untuk tidak berpegang pada janji dan mengkhianati orang lain adalah jalan penyelesaian yang salah.

Emosi juga boleh jadi pemangkin bila kita dalam keadaan bimbang. Risau yang sepatutnya di tahap biasa menjadi-jadi bila digalakkan oleh emosi. Sebab itulah senang untuk seseorang hilang pertimbangan dengan emosi yang tak tenteram kerana pertimbangan dengan emosi negatif akan turut bersifat negatif. Penting untuk kita mempunyai kawalan terhadap emosi kita supaya kita tak lakukan perkara-perkara yang dikategorikan sebagai bodoh serta dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Selalu sangat kita kaitkan emosi dengan perasaan marah, sedih, kecewa dan perasaan negatif yang lain. Akan tetapi yang kita selalu lupa ialah bila kita gembira, kita juga sedang beremosi. Ada bahayanya juga bila terlalu gembira, kita cenderung untuk taburkan janji-janji yang cuma diucap dek kerana rasa gembira itu sendiri sahaja. Paling elok kita berfikir dahulu sebelum bercakap, janji-janji manis memang senang diucapkan dan enak didengar tapi mampu atau tidak untuk kita zahirkan setiap kata-kata itu yang jadi persoalan.

So, apa kejadahnya aku tulis entri pasal emosi bagai macam nak tulis buku kaunseling ni? Sebab aku pun seorang yang sangat emosional. Apa yang aku tulis itu semua sekadar pendapat aku, untuk ingatan aku sendiri jugak. Membahayakan kesihatan ke jadi emosional ni? Mungkin juga bila dah tak terkawal, jadi sentiasa lah beringat untuk tidak terlalu emosional.

Related Posts with Thumbnails