Emosional

Posted: Thursday, June 24, 2010 by skidsoil in Labels: , , , ,
2


Sebagai manusia biasa, tindakan kita sentiasa dipengaruhi oleh emosi kita. Apa yang kita fikir, apa yang kita buat dan apa yang kita cakap secara langsung atau tidak bergantung kepada perasaan kita. Walaupun akal sepatutnya menentukan segala perlakuan, tutur bicara kita, tetapi emosi memainkan peranan besar dalam pelaksanaan akal membuat keputusan.

Apabila kita marah, emosi kebiasaannya menjadi penambah buruk keadaan. Sebaiknya dalam keadaan marah, jangan sesekali membuat keputusan supaya tak menyesal di kemudian hari. Keputusan yang dibuat dengan perasaan marah selalunya tidak berlandaskan akal yang waras. Jadi lebih elok untuk kita mengawal rasa marah, apabila sudah reda perasaan marah yang ada barulah fikirkan keputusan terbaik yang patut diambil. Kalau dibiarkann perasaan itu meletus, alamatnya buruklah keadaan kerana perasaan marah itu akan ditambah dengan perasaan benci dan khianat.

Kadang kala bila kita marah, kita protes, kita bertindak rebellious untuk tunjukkan perasaan tidak puas hati. Kita buat ini, kita buat itu untuk tarik perhatian dan tunjukkan yang kita sedang marah. Kita sanggup melanggar janji dengan sengaja semata-mata kerana kita berasa marah dengan sesuatu. Bukankah itu sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan walau semarah mana kita sekalipun. Sentiasa ingat bahawa marah bukan bermakna kita mempunyai kebenaran untuk tidak berpegang pada janji dan mengkhianati orang lain adalah jalan penyelesaian yang salah.

Emosi juga boleh jadi pemangkin bila kita dalam keadaan bimbang. Risau yang sepatutnya di tahap biasa menjadi-jadi bila digalakkan oleh emosi. Sebab itulah senang untuk seseorang hilang pertimbangan dengan emosi yang tak tenteram kerana pertimbangan dengan emosi negatif akan turut bersifat negatif. Penting untuk kita mempunyai kawalan terhadap emosi kita supaya kita tak lakukan perkara-perkara yang dikategorikan sebagai bodoh serta dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Selalu sangat kita kaitkan emosi dengan perasaan marah, sedih, kecewa dan perasaan negatif yang lain. Akan tetapi yang kita selalu lupa ialah bila kita gembira, kita juga sedang beremosi. Ada bahayanya juga bila terlalu gembira, kita cenderung untuk taburkan janji-janji yang cuma diucap dek kerana rasa gembira itu sendiri sahaja. Paling elok kita berfikir dahulu sebelum bercakap, janji-janji manis memang senang diucapkan dan enak didengar tapi mampu atau tidak untuk kita zahirkan setiap kata-kata itu yang jadi persoalan.

So, apa kejadahnya aku tulis entri pasal emosi bagai macam nak tulis buku kaunseling ni? Sebab aku pun seorang yang sangat emosional. Apa yang aku tulis itu semua sekadar pendapat aku, untuk ingatan aku sendiri jugak. Membahayakan kesihatan ke jadi emosional ni? Mungkin juga bila dah tak terkawal, jadi sentiasa lah beringat untuk tidak terlalu emosional.

2 comments:

  1. Sherry says:

    OMG. those words, soo true meh.!
    seriously. ;')

    Okay, first time comment sini.

  1. skidsoil says:

    indeed, thanks sherry.

Related Posts with Thumbnails