Percaya Dalam Cinta
Posted: Tuesday, June 8, 2010 by skidsoil in Labels: Love, Thoughts, Topics, Trust, Views
0
Ini bukan entri cintan, cuma satu topik yang aku rasa aku nak kongsi. Walaupun aku macam tak layak untuk bercakap soal cinta, aku rasa tak salah kalau aku nak bagi pendapat tentang cinta sebab hidup kita memang tak boleh elak dari bercinta. Tak kisahlah punya pengalamana atau tidak, single atau couple, mesti boleh kalau mahu bercakap pasal cinta, sebab cinta itu sendiri luas maknanya. Sudah menjadi lumrah manusia untuk bercinta, dicintai dan mencintai.
Aku kecilkan skop kepada percaya dalam cinta. Percaya adalah antara elemen yang sangat penting dalam hubungan. Aku bukan persoalkan tentang percaya pada cinta itu atau tidak tetapi tentang percaya kepada pasangan bila kita bercinta. Semuanya bermula dengan kepercayaan, dan dengan kepercayaan tu jugak barulah satu-satu hubungan itu boleh terus berkembang dengan baik. Susah kalau pasangan tak saling mempercayai sebab akan wujud perasaan sangsi, curiga dan ragu-ragu. Ketiga-tiga perkara inilah yang membuatkan hubungan tak stabil dan sentiasa goyah.
Sebab utama wujudnya perasaan tak percaya bila mana pasangan tak telus dalam bercinta. Semuanya boleh dielakkan dengan berterus-terang sebab jujur juga penting dalam bercinta. Jangan pernah bagi alasan untuk menipu atau berselindung kerana bila perkara sebenar diketahui, keadaan akan cuma bertambah keruh. Manusia sentiasa ada perasaan ingin tahu, kalau perasaan itu dibantutkan dengan pelbagai alasan, ia cuma akan menjadi pemangkin untuk lebih mengetahui perkara yang sebenar. Sebab itu sumber alternatif menjadi pilihan untuk mendapatkan kebenaran dengan pelbagai cara dan akhirnya bila perkara sebenar diketahui, kebiasaannya akan mengecewakan diri sendiri.
Beritahu perkara yang sebenarnya, sekurang-kurangnya kita tidak menipu pasangan kita dan dengan harapan juga pasangan kita akan faham dan hargai kejujuran kita. Tak perlu untuk mencipta alasan, sentiasa utamakan untuk bercakap perkara yang benar. Kenapa perlu menafikan hak pasangan kita untuk tahu perkara yang sebenar kalau itu memang hak mereka. Jangan bagi ruang kepada perasaan sangsi, curiga dan ragu-ragu untuk mengganggugugat sesuatu hubungan. Percayalah, perasaan apabila kepercayaan itu diragut amat perit dan tak mudah untuk bina semula kepercayaan yang telah hilang. Jadi, hargailah pasangan kita dengan bersikap jujur pada setiap masa. Hubungan yang dibina atas rasa percaya terhadap pasangan lebih terjamin masa depannya, lebih-lebih lagi kalau jarak jadi pemisah.
Trust is built slowly over time, but it can be shattered in an instant.