Membaca Amalan Mulia
Posted: Friday, June 4, 2010 by skidsoil in Labels: Books, Reading, Thoughts, Topics, Views
0
Baca porno pun mulia?
Eceh, gilababas skema punya tajuk. Aku terpanggil nak tulis entri pasal membaca ni sebab aku memang dah lama cuba nak tanam habit membaca dalam diri aku tapi boleh kata gagal dengan cemerlang. Aku rasa memang aku tak boleh nak pegang buku lama-lama kat tangan aku, mungkin aku ada penyakit macam alahan pada bahan bacaan. Karut semua tu kan, tapi itulah hakikatnya aku memang tak suka membaca lagi-lagi kalau yang ilmiah bagai. Aku nak ada habit suka baca surat khabar, selalu jugak aku beli tapi bila nak baca macam malas sangat, belek-belek baca dua tiga artikel yang menarik je.
Pengetahuan am aku memang series tak banyak, ciput giler, memang tak banyak isu yang aku tahu sebab aku tak amek tahu pun. Aku nak jugak jadi masyarakat yang concern, cakna dengan apa yang berlaku, tak kat dunia pun, dalam negara cukup buat masa sekarang. Berita kat tv pulak sememangnya bukan rancangan kegemaran aku, duduk depan tv tengok pun macam tak berkesan jugak. So far, aku just baca dari blog-blog yang ada buat entri pasal isu-isu semasa. Lagi easy reading lah bagi aku sebab dah dorang simplify, rumuskan pasal apa yang berlaku siap dengan pendapat dorang. Terima kasih pada mereka-mereka ni, dapat jugak input-input berguna sambil baca blog dorang. Keep up the good work guys!
Tapi kalau magazine macam Galaxie boleh pulak aku baca almost every page. Even novel pun ada jugak aku baca, nak mula tu payah la sikit, bila dah start baca dah boleh teruskan sampai habis. Novel yang aku baca pun macam Harry Potter dengan Twilight, aku suka sebab bila baca ni lagi detail penceritaan dia pastu boleh compare macam mana dengan movie dia. Kalau komik pulak, sekarang memang aku dah tak baca. Tapi aku still simpan lagi yang time sekolah dulu, aku ada koleksi Dragon Ball, Gempak, Hype, Starz dan Utopia.
So sekarang ni aku nak ajar supaya rajin baca surat khabar macam The Star, NST sebab aku pun study English memang tu yang lecturer aku asyik pesan suruh baca. Memang penting pun sebagai persediaan hari-hari mendatang sebagai seorang individu yang lengkap. Korang pun kalau ada lepak dengan aku, story-story la pasal current issues yang agak-agak hangat diperkatakan, walaupun aku buat muka disinterested atau blank tak tau nak respond apa, korang cerita je lah, at least boleh galakkan aku untuk tahu pasal semua tu. Akhir kata, membaca itu jambatan ilmu, ilmu itu pelita hidup, hidup kenalah berilmu baru orang pandang, betul tak?