Saya Suka Mama Lia

Posted: Monday, November 15, 2010 by skidsoil in Labels: , , , , ,
10

Sape Mama Lia? Lia pun tak kenal, ape lagi Lia punya Mama kan. Kenapa nak suka dengan dia? Hehe.. Oke-oke, Mama dengan Lia sila duduk rapat-rapat siket. Haa, nampak tak. MamaLia = mamalia. Ye, saya suka amat dengan mamalia, lebih dari kumpulan haiwan yang lain macam reptilia, ikan, atau burung dan paling tak suka dengan amfibia. Tapi dua mamalia yang woof woof dan oink oink (Once again, I'm not teasing you Anis) itu saya tak suka. Baru perasan entri kali ini agak sopan sebab guna kanta ganti diri saya, macam budak baik.

Saya dah pernah bela kucing, arnab dan hamster. Tak banyak, tiga jenis mamalia sahaja tapi ade beberapa ekor kucing, beberapa ekor arnab dan beberapa ekor hamster juga. Semua tu dah lama, zaman sekolah rendah dulu sebab sekolah menengah tinggal di asrama susah nak ada haiwan peliharaan. Yang paling akhir, masa di UMP ada bela seekor kucing betina tapi pembelaan (Sila baca dengan 'e' pepet, kalau 'e' taling jadi hal mahkamah pula) dia terbantut sebab saya tak lagi belajar di sana. Sekarang tak berapa pasti apa dah jadi dengan nasib beliau.

 Meet Combi (Siti Nur Combi Kesumawati Isis Ixora)

Sekarang ada perasaan nak punyai haiwan peliharaan lagi. Fikirkan sugar glider, tapi tak mampu nak beli. Jadi beralih ke tikus belanda atau argus, atau bahasa omputihnya guinea pig. Tapi menatang ni tak ade kena mengena sangkut paut langsung dengan mamalia oink oink, dan tak jugak ade kena mengena dengan Belanda mahupun Pak Cik Agus. Sajalah aku nak bela mamalia yang aku tak pernah ada kan. Lagipun disebabkan aku selalu tengok mamalia kiud ni kat Uptown Shah Alam, keinginan nak bela tu macam menjana dengan cemerlang.


Empty house without a tenant.

Ni gambar sangkar hamster aku dulu, masih dalam kondisi yang baik. Agak-agak oke tak untuk memuatkan seekor guinea pig ke dalam itu? Macam sedikit sempit kan, sebab tu nak cari yang kecil lagi tak nak yang dah besar sangat. Ada terbaca juga yang guinea pig haiwan sosial, kesian kalau bela seekor tapi saya memang niat nak bela seekor pun. Jadi macam mana ye, kalau tak muat kenalah buat home-made punya sangkar. Masih menimbang tara tapi buat masa ni, hati saya kuat nak bela tikus belanda jugak. Sementara itu, biar saya menternak lemak sahaja di rumah. Haha.

10 comments:

  1. Melody M. says:

    i miss manja (manja kan nama kucing kesayangan masa bonang dulu?) the one n only cat that i'm able to touch and hold. and hug.

  1. skidsoil says:

    x sure jgk name kucing tu, mcm manja. tp igt lg jeritan kak mel kt kafe disebabkan kucing. ;p

  1. Melody M. says:

    dear, main topic is kucing di sini. sila jangan melencong. *muka garang*

  1. skidsoil says:

    still da main topic pasal kucing tp kamu sbg subjek. hehehe.

  1. Anonymous says:

    mmg comel kucing nih..

  1. Anonymous says:

    sangkar tu kecik utk guinea pig la..sian die nt..baik bli hamster or sangkar baru..hamster pon cute ape...

  1. jumapx says:

    Siti Nur Combi Kesumawati Isis Ixora....i like...hahaha

    harap2 Combi sentiasa dalam keadaan sehat hendaknya...

  1. skidsoil says:

    mizz.belle ko lom tgok kucen tu meniarap pose fevret die. sagkar tuh kalu remove sme benda alah kt dlm tu oke la jgak nk truk sekor guinea pig yg kecik.

    jumapx tdak dilupai nama asal beliau, eton.

  1. Anonymous says:

    cmne?upload la gmba nk tgk..

  1. skidsoil says:

    xdek la dlm simpanan, gegambar kt ats tuh pun aku amek dr housemate aku dulu yg snap2 gmbar dia.

Related Posts with Thumbnails