Kembali Mencurat

Posted: Wednesday, September 1, 2010 by skidsoil in Labels: , , ,
7


Oke, secara tiba-tiba mood untuk update blog datang. Maka ini entri pertama setelah sekian lama tak mengarang, main taruk gambar pastu wat caption sikit-sikit aje. So sebab dah lama tak buat entri ilmiah sebegini, jadi penulisan kali ini lebih kepada sempoi. Padahal penulisan aku adalah sangat berbagai-bagai, bergantung pada keadaan dan suasana. Sebenarnya ada je dalam kepala otak ni nak buat entri tapi tak terjemahkan dengan kata-kata untuk ditaip kat blog ni. Hari ni setelah melihatkan para klasmet aku yang gigih mengupdate blog seperti mereka ini dan ini walhal mereka masih lagi amatur, dan juga pendatang baharu ini, aku terasa tercabar selaku blogger otai yang kembali bertapak ke dunia blogging setelah blog terdahulu rest in peace. Untuk makluman, mengikut urutan rerakan kelas yang aku pautkan tadi, ini yang pertama itu bukanlah berdarah kacukan jepun, ini yang kedua pula tidak sekali berunsurkan bollywood dan ini yang terakhir itu bukanlah cina sejati.

Alkisah pula hari ini tatkala masih lagi berkelas seperti biasa, cuma segelintir sahaja warga kelas yang hadir mendengar celoteh Dr. B, tujuh orang yang masih tegar melayan ceritera beliau. Yang lain semua dengan bangga ponteng sebab rekod kehadiran masih comel lote katanya. Habis kelas linguistik sosial aku berangkat ke PKNS dengan niat nak buat passport ditemani apek bentong. Sampai aje kat imegresen tu, bahagian passport sahaja dah melimpah ruah isinya. Memang tak la aku nak gigih menunggu giliran kalu dah meriah macam tu. Aku pun hairan dalam banyak-banyak hari, hari ni jugak dorang nak wat kunjungan berjemaah buat passport ramai-ramai. Apa dah kaya benor sorang-sorang semua nak pergi oversea? Atau mungkin jugak semua pakat nak gi wat plastic surgery sebab ada sales besar-besaran sempena raya ni kat Thailand? Atau raya tahun ni semua dah tak nak beraya kat Malaysia berangan nak gi sambut raya kat Papua New Guinea, Helsinki dan Poland? Aku sekadar mengambil borang dan habeskan 10 hengget untuk 4 keping gambar dengan pose muka skema tanpa senyum.

Aku pun bukan nak emo lebih-lebih, lain hari aje aku pegi wat passport. Petang ni jadual aku dah pack dengan sesi menidurkan diri dan berkatilan secara berterus-terusan sehinggalah sampai waktu nak pergi ke bazar mencari juadah untuk berbuka, time tu baru aku akan bangun dengan muka paling slanga aku boleh buat. Ni semua gara-gara saya-tak-tidur-malam-sebab-siapkan-esemen-last-minit, jadi waktu tidur dah dianjak ke siang hari. Normal lah untuk student berwibawa buat macam tu kan, barulah hero last-last minit balun habis-habisan. Peringatan kepada semua peminat-peminat aku, sila berjaga-jaga sebab aku dah kembali segar-bugar berentri, silap hari bulan ada entri pukal aku publish dalam sehari. Kalau terbantut lagi lepas ni tolonglah ketuk-ketuk bagi salam, ingatkan aku supaya sentiasa update blog busuk aku ni. Dengan itu, saya sudahi entri ini dengan roger and out!

7 comments:

  1. anis.H says:

    kenapa dan kenapa aku bollywood??

  1. safra says:

    itulah yg mnjadi prsoalan dlm kotak minda aku.nape bollywood?
    ok otai..waitin for the next entri!
    dlm mse stgh hari klo xde entri baru,mksdnye lom lg segar sprti yg dikate..hehe
    menanti entri baru...........

  1. setelah sekian lama kunantikan~
    passport eh? best~ heee =)

  1. skid soil says:

    safra next entri coming soon!

    danial ngeee, ye passport!

  1. tu lah.. sekian lame menunggu...

  1. skid soil says:

    got few more coming soon. get redi oke!

Related Posts with Thumbnails