Aku Tak Hitam Lagi

Posted: Monday, August 22, 2011 by skidsoil in Labels: , , , , ,
3

Yezaa, tu dia setelah menggunakan fair and lovely aku kembali putih berseri. Kembali katanya, sejak bila pernah putih itu yang kita tak tau. Yang sebenarnya kehitaman yang diperkatakan sekarang ini tak lain tak bukan merujuk kepada PTPTN sebab aku dah masuk dalam senarai hitam imegresen kerana kegagalan membuat bayaran balik. Waktu belajar kat KUKTEM/UMP dahulu kala PTPTN la sumber utama kewangan aku, seronok dapat duit poket buat belanja tiap-tiap sem tapi nak membayar balik azab. Agak-agak bilalah boleh langsai nak bayar balik RMXX, XXX.XX itu?

Masuk UiTM aku dah buat penangguhan bagai tapi tak berjaya pasal dokumen tak lengkap apa entah, last-last kena senarai hitam. Nak tukar yang ujrah semua tu pulak tak boleh sebab aku dah langgar peraturan, so bebanlah nak bayar hutang bertahun-tahun. Apa-apa pun yang penting sekarang aku dah setelkan setakat yang mampu dan nama aku dah ditarik dari senarai hitam, so dah boleh fly pergi oversea. HAHAHAHAHA. Sangat suka hatinya pun.

Sebelum

Selepas
 
Ok bye aku nak siap-siap packing gerak pergi airport, nak raya kat mana ye tahun ni? LALALALA.. ┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌

3 comments:

  1. aik? yg aritu pi korea, boleh?

  1. skidsoil says:

    dah nk stahun dah tu, time tu xkena blacklist lg.

  1. owh. hehehe. anyway, congrats ;)

Related Posts with Thumbnails