Surviving The Rough Week

Posted: Thursday, October 21, 2010 by skidsoil in Labels: , , , ,
2

1.. 2.. 3..Push!! Iyearghhhh!! Tolak para-para emo sekalian jauh-jauh. Hins. Oke, dah letak segala emo-emo kat tepi, jom kita cakap pasal hal-hal yang lebih serius seperti akademik. Eceh. Ketahuan nggak kalian semua yang setibanya aku dari Korea aku disambut meriah dengan test-test, assignment-assignment beserta keluarga? Eh, cakap pasal Korea ada siapa-siapa nak request entri pasal aku di Korea? Kejap, jangan jatuh tangan dulu nak kira. Hmm, kurang sambutan jadi sila abaikan tentang hal itu. Oh, lupa nak maklumkan kepulangan aku disambut dengan satu kecurangan yang dasyat juga, tapi itu kena tanya Encik Hati untuk keterangan yang lebih lanjut. Alamak, terselit jugak sekelumit emo di situ, maaf aku dah cuba nak lupakan tapi itu adalah mustahil! Aku ulang, itu adalah mustahil! Way too impossible dude!

Berbalik pada soal akademik tadi, yakni hal pembelajaran aku di UiTM. Sesampai aku di Shah Alam, aku dimaklumkan terus oleh sahabat handai dengan perihal kerja-kerja individu mahupun berkumpulan yang aku miss sepeniggalan aku selama lebih kurang dua minggu. Makanya terbeliaklah biji mata aku memikirkan bagaimana aku nak setelkan semua tu dalam masa yang tak seberapa memandangkan tinggal seminggu aje lagi sesi perkuliahan. Memang aku agak banyak mengeluh jugak, rasa nak give up pun ade. Tapi nasib baik ada kawan-kawan support, so aku pun dengan macho wat rilek. Muka selamba je padahal memang stress bila pikir kebertimbunan kerja yang perlu disiapkan, tapi semua tu tak guna kalu aku tak start buat. Lagi-lagi dengan mood masih holiday di Seoul, memang mencabar kredibiliti sungguh.

So aku wat la mana-mana patut dulu.  Mula-mula aku amek test-test yang aku tak buat lagi. Dengan tak studi aku masuk kelas amek test, siap wat presentation lagi sebelum amek test. Dah abes serah kat lecturer dengan muka pasrah, tapi rupa-rupanya not bad aku punya markah, nasib baik betul. Second test aku amek plak sempatlah aku baca, konpiden jugak nak amek ni sebab aku prepare nak jawab. Akan tetapi rupa-rupanya, di luar pengetahuan aku test tu cover sampai chapter 4, aku baca sampai chapter 3 sahaja. Chapter 4 tu aku langsung tak tahu apa-apa sebab tu yang dorang belajar time aku takde, nasib baik soklan objektif so aku main taram jawab mana logik. Sekali lagi aku bernasib begitu baik, aku pun tak percaya dengan markah cun melecun yang aku dapat. Hip hip hooray! Alhamdulillah.

Next aku siapkan assignment pulak, tak tidur aku nak wat assignment yang berbundle-bundle. Sukses jugak aku siapkan semua assignment, aku pun agak berpuas hati dengan hasil walaupun buat last minute, kira takdelah aku wat cincai asal nak siap je. Kerja lain macam video untuk subjek bahasa Jepun memang kurang memuaskan hati, tapi dah  sebabkan itu group work, aku pun follow je lah biler yang lain dah kate ok. Test akhir Jepun pun aku tak berapa boleh jawab, dah dua minggu cakap Korea lupa semua pasal Jepun, hahahaha. Apa-apa pun dah lepas satu minggu yang azab tu aku rasa lega sangat, aku berjaya jugak survive ahirnya. Fuh, tak sangka aku berjaya melobosi waktu kritikal itu dengan bergaya. Kuncinya, jangan menggelabah, buat satu persatu, ikut priority dan paling penting bertenang bukan bertendang. Nah, anda pun mampu bergaya seperti seorang hero macam aku. Kudos to me! Clap clap clap!

2 comments:

  1. Unknown says:

    kamu tahu.. kesibukan boleh buat kamu lupakan kesedihan.. jadi paksa lah diri jadi sibuk, kalo x sibuk.. kalo mmg btol2 sibuk, fokus lah kt keje.. kita kne move on, kan? mmg ckp senang, tp dah ramai org yg survive kemurungan dan kesedihan, kenapa x kita? :)

    I pray for your happiness ma fren

  1. skidsoil says:

    yup, itu antra cara plg efektif utk distract dr melyn perasaan. buat2 bz dan lupakan ketidakseronokan hati. thanks for ur concern mate.

Related Posts with Thumbnails